Tuesday, September 3, 2013

Perlukah diberi Ubat Cacing Kepada Anak Kecil?

Assalamualaikum...

amboi lama betul tak ber-update...sorry..takdela busy sgt cuma lately nie mood ke laut..
seronok dok blog walking shj ehhehe..tapi hari nie terpanggil nk share dgn semua kekwn..
share pasal tajuk diatas la tuh... =)

so yang mana anak sebaya ngan Adam kin..korang dah bagi anak2 kroang makan ubat cacing ker?
ya allah kin mmg terlupa giler2...memang tak pernah bagi..
sebab satu..terlupa..
sebab kedua..geli..geli..sebab terpikir..if mkn ubt cacing nnt mesti cacing kuar..huhuhu...ehehhehe.. tapi ghupanya ade je ubat cacing yang habis lupus bersama najis anak..ehhehe..
ini gara2 ditakutkan oleh abg ku la. nie..cis!!!..
sebab ketiga...terpikir adam bukan jenis main kat pasir or ape..sgtla pembersih mamat tuh..
klu lantai kototr cikit mmg dia geli nk pijak..so terpikir mungkin payah sikit kot nk ade cacing kat adam hihihi..
tapi lagi satu mamat ni dh minum susu formula seawal usia 10bulan..pernah dgr juga from susu formula ade juga cacing nyer
wallahualam..ehhe apepun kita ikhtiarla dak..berikan terbaik tuk kesihatan anak kita..

tapi itula teruk betul mama adam nie..heheh bagi mkn ubat cacing tuk adam lepas umur 3tahun ehheheh..
sorry son!!.. so harap2 lepas nie berselera lagi la kot ank mama  nie mkn..
n naikla kot berat badan tu..ehhehe
sbb ade juga simptom cacing nie..kanak2 mkn boleh tahan tapi berat tak naik...
so nnt kita tgk mcm mana yer... =) insha allah...

jadinyer semlm mknla Adam ubt cacing...=) kin amik kat farmasi PPUM nie je..senang..
roger member tuk amikkan kat farmasi..utk Adam..siap dgn nota nk ubat cacing yang habis lupus dlm najis hahaha *mama adam penggeli*....
inilah contoh ubat cacing yang kin beri kat Adam

alhamdulillah mmg Adam skrg mkn ubat sgtla senang.. komunikasi penting sgt2!! mmg terbukti!!..
komunikasi psikologi mmg pengruh tuk diaorg beranikan diri..=)..good job Adam..
itupun mama bagi awak mkn sebelum tidor..ehheheh... so for the record Adam dah mkn ubat cacing diusia 3tahun 1bulan ++ ehheheh... next another 6month or 1 year from now kot..insha allah..ehehhe

so yang mana ibu2 tak bg anak makan ubat  cacing lagi ha apelagi bolehla kot start bagi bila mencapai tahap yang sesuai.. ehhehe

so kin adela google sikit bab bagi mkn ubat cacing nie.. 
so ni ape yang kin dapat dari mr.google =) keratan dalam majalah Pa&Ma

Soalan:
 Adakah kanak-kanak berusia dua tahun perlu diberi ubat cacing untuk melancaran proses penghadaman makanan untuk membuang air besar? Jika tidak diberi ubat sedemikian, apakah risiko yang bakal dihadapi. Adakah ia berbahaya untuk tumbesarannya?
Jawapan:
 Ubat cacing harus diberikan kepada kanak-kanak yang berusia setahun ke atas. Tujuan pemberian ubat cacing ini adalah untuk mengelakkan kanak-kanak daripada dijangkiti jangkitan cacing. Ini kerana jangkitan cacing akan menyebabkan mereka selalu menghadapi sakit perut selain daripada kehilangan selera makan.
 Jangkitan cacing yang kronik boleh membuatkan kanak-kanak ini mengalami anemia iaitu kekurangan sel darah merah. Jika mereka tidak diberi ubat cacing pun tidak mengapa asalkan kita sentiasa menitikberatkan tentang kebersihan di kalangan anak-anak seperti sentiasa memakai selipar apabila bermain, mencuci tangan dengan bersih sebelum makan dan pastikan buah-buahan dan sayur-sayuran dicuci dengan bersih sebelum dimakan.

1 comment:

  1. Penah bg mkn ms setahun tp pastu dh tak prnah rasanya..hehehe...

    ReplyDelete