Showing posts with label Projek. Show all posts
Showing posts with label Projek. Show all posts

Monday, September 30, 2013

Projek #1


Alhamdulillah...

Projek #1 : Mengemas baju baju Abg Adam / bilik tidur Adam

settle semalam... kononnya nk buat hari sabtu.. tapi hari sabtu banyak pula agenda baba n adam
keluar sarapan then ke alamanda.. jalan2 alamanda sampai rumah dh zohor..
mulala mama dah xlarat sebab dah exercise kat alamanda kan..
jadinya baba kata rehatla sbb ptg sabtu tu baba ada game bola dengan ayahchik adam.
mlm pulak tokwan ajak dinner sesama sempena birthday ayahchik ahad esoknya..

so semalam (ahad) sart projek ngemas pun dh waktu tgh hari =)..
sempat lagi ke alamanda nk cari toyogo.. dapat 2 toyogo harga RM10.90.. belila dua..
senang nk kemas2 baju2 adam.

balik rumah terus start projek..
subhanallah banyak jugak baju bajan abg adam nie.
xsedar pun..
1st step -asing2kan baju2 abang adam..dari drawer ikea tuh ke drawer cars dia.
then 2 dua drawer ieka teratas mama asingkan tuk newborn-6month nyer baju
drawer ke-dua utk 6month and above...
2nd step- memunggah kotak yang berisi sarung tangan sarung kaki adam yang lama..yang mana boleh dipakai / tidak berbulu/ tidak kuning mama put aside..yang mana kuning n berbulu baba kata tak perlu simpan. byk juga dptnyer. alhamdulilah
3rd step- baju2 newborn yang mana kuning3 tuh baba ckp xperlu simpan sebab rasa mcm stain tuh tak kuar. so takpe baba akan beli yg baru tuk adik adam. tapi banyak jugak yg masih elok... 
4th step- tukar kedudukan / vacumm / mengelap / membuang brang2 yang xdiperlukan.

settle semua tuh masya allah excited plak rasa nk terima org baru nie.
excited nak basuh baju2 kecik comey tuh..
so mama plan akan basuh baju2 newborn sikit2..pelan-pelan kayuh..
dan setelah semua selesai mama discover yang mana patut beli 

  • baju lengan / seluar panjang - dlm 3set cukup
  • rompers lengan pjg sekali dgn stokin tuh - beli dlm 2 helai cukup
  • sarung tgn n kaki - 3set cukup
  • pempers newborn 
  • bedung / kain napkin masih elok utk digunapakai..tak perlu beli.
  • barut baby insha allah amiknya baby zara (sepupu adam) punya
  • topi2 baby masih elok lagi tak perlu beli!.
  • tungku bayi mama sendiri akn buat..DIY sudah.kain perca dh ade
senarai utk baby / mama...akan mama update utk rujukan nanti..

alhamdulillah minggu nie dah masuk 31 minggu...
esok ade check-up n sacan.harap2 kedudukan uri ditempat yang sepatutnya. n baby dlm keadaan baik!

ps: nama baby masih tak finalise lagi..tapi adam dh panggil dirinya abg adam dah.. 

Thursday, September 26, 2013

Projek Sebelum Bersalin


tu dia tajuk..

sekarang nie memang macam2 projek berlegar2 dalam kepala mama adam nie.
macam2 nk dibuat ya allah..
cumanya semoga diberi KEKUATAN utk merealisasikan projek2 ini..
antara projek2 :

Projek #1 : Mengemas baju baju Abg Adam / bilik tidur Adam

  •  untuk kenalpasti baju baju Newborn Abg Adam yang masih elok utk digunapakai oleh Adik Adam
  •  untuk asingkan dan update almari Abg Adam 
  • Toyogo untuk mengasingkan baju baju utk abg n adik dah beli dah semlm.
  • tempoh masa : 1-2 hari
  • estimated : weekend ni =)
Projek #2 : Mengemas bilik baju / seterika / bilik bacaan
  • untuk kenalpasti baju2 yang mana utk masuk dlm kotak ( perlu sediakan kotak dan dilabel recycle, donate, etc ) 
  • termasuk baju kurung lama mama baju t-shirt / kemeja baba juga
  • buku2 / bahan bacaan yang dah tak guna boleh di-jual ke paper lama
  • tempoh masa : 1-2 hari juga
  • estimated week : 1st week october

Projek #3 : Mengemas bilik tidur utama 

  • mengelap tingkap, gril di dlm bilik
  • langsir baru tukar jadinye boleh hold dulu..ehehhe
  • mengubah kedudukan katil *if larat*
  • mengemas almari utama baju2...untuk beri ruang baju2 baba pulak.. (kotak juga perlu disediakan)
  • cuci kipas / aircond
Projek #4 : Mengemas bahagian dapur (yard)
  • kenalpasti tipuware mana yang berfungsi utk disimpan utk diguna pakai
  • menyusun tipuware / peralatan yang ade di yard 
  • kotak / toyogo perlu disediakan utk mengasingkan peralatan2 bakeri dsb.
  • labelling juga diperlukan.
so far 4 projek nie perlu dilaksanakan pada bulan oktober nie insha allah..
masuk november jer, insha allah projek untuk menyambut Adik Adam akan dimulakan
etc: mencari keperluan adik adam, membasuh baju adik adam dsb.

Ya Allah semoga diberi kekuatan utk execute semua projek ini.
jadinya langkah pertama utk bersedia menghadapai projek2 nie adalah denagn ESP Shaklee =)
semoga diberi kecergasaan kekuatan... insha allah.