Thursday, August 9, 2012

Doa Seorang Isteri

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat
kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan utk terus bersamanya
sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tgnku dititianMu
kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
sekiranya suami ku ini adalah bidadara utk ku dia Jannah Mu
Limpahkanlah aku dgn sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang Terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yg dirahmati oleh Mu
berikanlah kesabaran utk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini dirakdirkan bukan utk diriku seorg
Kau tunjukkanlah aku jalan yg terbaik utk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dgn keindahan duniaMu
Limpahkanlah aku kesabran utk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yg melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu utk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku utk tarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau yang Maha Mengasihani lagi Maha Pengampun..

Amin Ya Rabbalalamin

1 comment: