Sunday, June 13, 2010

Lepas Bersalin..??

asyik dok citer pasal sebelum nk bersalin jer
meh kita citer bab selepas bersalin plak..
iyela lepas bersalin pun PENTING...
nak mengembalikan balik figure dalaman luaran sebelum ngandung nie bukan senang...
lagi2 bhg dalaman..kenela jaga kan??

so kein mula2 cam konpius nk amik set ape lepas dh bersalin nnt
survey punya survey punya survey.....
kein decide insya allah nk amik yang ini



set selepas bersalin daripada AMWAY

ape yg sebabkan kein amik / pilih nie?

1. ramai kekwn yg recommendkan produk nie..insya allah baby tak kembung mak pun sihat gitu
2. xder jamu2 yg kene bancuh minum bagai..sebab dia in pils... n dia mmg ader turutan ubatnyer sepanjang 44hari kita pantang..
3. siap dengan bengkung free..bancuh nk mandi herba la semua...senang keje..
4.minyak urut baby tuh yg diaorg recommend paling bagus sbb ader few DOC guna utk anak diaorg alhamdulillah xkembung perut..harap2 it works with my Baby A

itu dr aspek kein la..
dari aspek produk..nie baca ni..

Set Lepas Bersalin Tropical Herbs adalah sistem herba lengkap untuk membantu ibu baru memulihkan tubuhnya, di dalam dan di luar dengan cepat & mudah.


* Sistem komphrehensif ini mempunyai 10 komponen herba yang diguna selama 44 hari untuk penjagaan lengkap dan pemulihan ibu-ibu baru lepas bersalin. Bengkung Lepas Bersalin PERCUMA juga ada dimasukkan dengan setiap pembelian set ini.

* Ini adalah rumusan tropika yang mengandungi herba-herba yang telah diguna secara tradisional oleh orang Cina, India, dan Islam untuk membantu pemulihan ibu baru semasa pantang.

Untuk dimakan:

Teh Herba, Lepas Bersalin 1 dan Lepas Bersalin 2.

Untuk Kegunaan Luaran:

Herba Pembersih Wanita, Herba Mandian, Minyak Urut Herba, Minyak Bayi, Campuran Peramping Perut, Campuran Penghangat Badan, dan Campuran Penenang.

Ciri-ciri dan Faedah

* Lengkap dan mudah.

Memberi penyelesaian mudah. Segala yang anda perlukan ada dalam pek ini. Penyediaan minimum diperlukan kerana semua produk telah disukat terlebih dahulu dan sedia diguna.

* Keberkesanan Terbukti.
Herba-herba yang diguna telah diuji sejak turun temurun dan terbukti secara saintifik.

* Herba-herba yang distandardkan.
Mengguna ekstrak bahan aktif herba yang distandardkan untuk kualiti dan konsistensi rumusan.

* Tiada pewarna dan perasa tiruan atau pengawet yang ditambah.

* Kapsul sayuran. Minyak yang diguna adalah berasaskan tumbuhan.
Produk ini sesuai untuk mereka yang vegetarian dan mereka yang mempunyai larangan agama.

* Pengilang herba bertauliah.

Dengan pengalaman bertahun-tahun di bidang pengeluaran produk berasaskan herba, syarikat ini memenuhi kriteria Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK/DCA) untuk Amalan Pengilangan yang Baik (GMP)

harga satu set sekali bengkung RM293.00 *murah jgkla banding dgn set lelain*..

kein xberani amik JAMU bnacuh sebab mak kein mmg tak tahan dgn JAMU2
so memandangkan kein mmg fotostat mak so kein cubala elakkan.. =)

so korang2 bakal ibu2 nie amik jamu ape?

n mummy2 yg dh pernah guna amway nie camner review dia...??? eheheh

6 comments:

  1. Kein, hati2 dgn jamu, even pati2 gamat and ikan haruan.. Sbb my paed pernah ada case where a baby kena jaundice sbb her mother mkn pati gamat and breastfeeding, the baby punya jaundice getting worst day by day, even doc pun xtau ape sbb, then bila doc tu tau her mother amik pati gamat, he suddenly ask her to stop,once she stopped consuming the gamat, anak dia trus ok.. So my paed ckp if i dh beli jamu tu, its either mkn after 10days or pandai2 bajet timing bila mkn and susukan anak, means lepas mkn jamu tu, few hours after dat, buang susu dulu then baru bagi susu kt baby.. X semua baby ade ckp immune utk tahan some of the chemicals and herbs inside the jamu..

    Tapi, ni cuma ckp sorg doctor, x semua ada idea yg sama kan? ;) .. So this is just my 2 cents.. As wat my doctor said but if ur baby ok, shud have no worries k..

    ReplyDelete
  2. yatie ader order jamu kampung ngan kawan kat blog(Mamaelly), minta2 ader lar dia bw kan lepas habis berpantang kat kpg nnt....klu takder leh amek set yang kein nk pakai ni....

    ReplyDelete
  3. lepas bersalin, makan jamu kampung aje dan ubat periuk.. saya BF baby.. masa mula2 baby berak2, pastu kembung perut, kurangkan makan jamu2 sebab takut effect kat baby..
    Erm, tulah, jamu ni depends tak semua orang sama.. Pada saya, saya takkan beli mahal2, in the end tak habis makan.. hehe.. ni yang murah pun tak abis makan.. :P

    Enjoy your pregnancy!

    ReplyDelete
  4. ye betull,,,harga cemana pun..kene rajin makan..so pilihla vitamin natural mcm trial pek shaklee..bab testimoni..takyah cite dah..tebal dah file..heheheh... .yg penting..susu ibu berkualiti..yg pantang pun cepat recover dapat hasilkan susu byk...

    ReplyDelete
  5. cadang nk amik yg AMWAY jugak..member amik AMWAY turun 14kg masa pantang..kalo jadik ahli lg murah..rm234..so untung lg masuk ahli..buln ni ader promotion, blh bli steamer yg hrga rm99 dgn hrga rm35..

    ReplyDelete
  6. oh rse cm dah berbelah bg la plak.. dh decide nk amek leesa confinemum tp tataula ok ke tak...men blasah jer..

    ReplyDelete