Entri Melekat 48jam
Setiap wanita didunia ini apabila tiba saat
diberitahu dirinya akan bergelar ibu, sudah tentu terdetik di hati wanita ini
untuk membuat persiapan dengan sehabis baik untuk bakal bayi yang akan lahir.
Baik dari segi persiapan fizikal, mental dan lain2.Dan yang paling penting
adalah keinginan untuk menyusukan bayi dengan sehabis baik.
Pengalaman kin sendiri bila melahirkan anak
sulung, persiapan material Alhamdulillah siap sepenuhnya tapi kin terkurang dari
segi persiapan mental..
Persiapan untuk menghadapi segala proses untuk
menyusukan anak sulung.. =( hasrat untuk menyusukan sehingga usianya 2tahun
tidak kesampaian..kecundang di tengah jalan *sob sob*
Belajar dari kesilapan sendiri, bila kin
disahkan pregnant untuk kali kedua, memang dah tanam niat dalam hati sekuatnya
sedalamnya untuk menyusukan anak kin. Kenapa kin sangat2 nak menyusukan anak
kin?? Masya allah banyak sangat khasiat dan manfaat susu ibu ini. Dalam Islam
sendiri pun menyarankan ibu2 untuk menyusukan anak mereka sehingga anak itu
mencapai umur 2tahun.
Kin rasa kesedaran tentang susu ibu telah
mendapat liputan yang sgt luas. Banyak kempen2 yang telah dianjurkan bagi
memberi kesedaran betapa pentingnya susu ibu ini. Malah Kementerian Kesihatan
Malaysia sendiri telah menganjurkan satu Kempen Kementerian Kesihatan Eksklusif
Penyusuan. Kempen ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada ibu-ibu
bagi menggalakkan lagi ibu-ibu ini untuk menyusukan anak mereka selama 6 bulan
secara EKSKLUSIF. Apa yang dimaksudkan secara eksklusif adalah anak ini hanya
meminum susu ibu SAHAJA dari bayi ini lahir sehingga mencapai umur 6 bulan.
Tiada makanan atau minuman tambahan diperlukan oleh bayi ini sehingga bayi ini
mencapai umur 6bulan. Ini juga bagi membolehkan anak-anak ini dan ibu menjalani
kehidupan yang sihat.
Kenapa susu ibu dikatakan yang terbaik dan
penting untuk kanak-kanak?
- · Susu ibu kaya dengan antibodi yang sgt tinggi dan membolehkan ianya membina antibodi semulajadi untuk kanak-kanak
- · Susu ibu dapat mengurangkan risiko bayi mendapat cirit birit, jangkitan pernafasan, alahan yang melampau serta banyak lagi
- · Susu ibu juga dapat membantu perkembangan otak yang baik untuk bayi
- · Susu ibu juga dapat membentuk bonding atau ikatan yang kuat dan erat antara ibu dan anak.
Itu antaranya..sebenarnya banyak lagi yang
boleh dirungkai kebaikan susu ibu untuk kanak-kanak. Apabila kita sebagai ibu
menyusukan anak kita, secara tidak langsung juga dapat memberi manfaat yang
terbaik buat kita si ibu antaranya ialah ;
- · Mengurangkan peluang untuk mendapat kanser payudara
- · Mengecutkan rahim dengan cepat selepas bersalin
- · Dapat membakar kalori sehingga 600kalori sehari apabila kita menyusu
- · Dapat menjaga badan dan bentuk badan kembali langsing.
Macam kin sendiri perbezaan ketara antara ank
sulung dan kedua memang boleh Nampak. Dari segi kin sendiri dan anak2 kin. Untuk
kin sendiri kalau dulu masa ank sulung mmg payah nk turun berat badan siap kena
beli baju baru lagi bila naik kerja. Tapi untuk anak kedua ni Alhamdulillah
berat badan maintain =) *happy* Dan yang paling kin suka adalah IKATAN MESRA antara kin dan anak2..
apabila menyusu kita akan tenung mata anak kita..tangan akan bersentuhan..=) perasaan
itu mmg tidak boleh dijual beli dan juga penyediaan susu ibu sgt senang tidak
perlukan bancuhan apabila keluar berjalan2..anytime anywhere.. =) memang
sangatla digalakkan utk menyusu anak-anak kita dengan susu ibu. Insha allah
dengan niat yang betul pasti ada jalan
Selain dari
persediaan yang rapi untuk menjayakan misi penyusuan ini, sokongan daripada
suami dan ahli keluarga amat penting bagi terus menjayakan misi ini.
Alhamdulillah suami sekarang ini dah ramai yang menyedari tentang penting nya
penyusuan susu ibu ini bagi perkembangan anak. Antara peranan dan penglibatan
suami yang boleh diambil kira adalah seperti :
- · Menghadiri kelas pendidikan kesihatan ante natal bersama isteri.
- · Menemani isteri di bilik bersalin untuk memberi sokongan.
- · Bantu isteri mendapat posisi penyusuan yang selesa.
- · Bantu isteri rasa relaks dan bertenang.
- · Suami perlu mengetahui kepentingan penyusuan susu ibu.
- · Membantu dalam urusan penyediaan makanan keluarga dan
- · kerja-kerja rumah.
- · Tunjukkan kasih sayang dan simpati.
Untuk dapatkan maklumat yang lebih lagi korang
boleh intai kat website ni, macam info yang berkaitan kesihatan boleh dapat
disini. www.infosihat.gov.my
pesanan ikhlas dari MamaAdamSyamil
No comments:
Post a Comment