Monday, July 13, 2015

Bersahur dengan Horlicks

Alhamdulillah dah masuk minggu minggu terakhir ramadhan ni.masya allah cepat sungguh masa berlalu tak sangka ramadhan akan meninggalkan kita dan Aidilfitri bakal berkunjung tiba. tak sabar!!

Bila bercerita bab ramadhan ni,dari kecik smpai la sekarang dh beranak dua ni,time berbuka dan time nak bersahur adalah time yg sgt2 kin look forward. Memang dari kecik mak memang akn kejut utk bangun bersahur walaupun bila tiba waktu cuti2 ehem2 kita tuh tetap kena bangun sahur.mak kata ambil keberkatan katanya. 

Teringat dulu bila bersahur confirm mata kelat,memang rasa mcm nk mntk tlg mak yg suapkan hahahah tapi agak melampaula kan hihi..so bila mata nampak hanya tilam dan bantal, walaupun lauk sahur yang ade mmg da boom punya best tetap tak akan lalu untuk makan..memang tak akan... jadinya pilihan mak dari dulu untuk anak2 dia adalah minuman Horlicks..!! Mak akan bancuh kan secawan besar Horlicks utk kami adik beradik bagi menggantikan makanan sahur yang kami tak lalu nak makan hihi... memang bila minum Horlicks tenaga yang ada sepanjang hari memang menakjubkan..

Itu kenangan waktu kin kecik2 yang mana mak akan bancuhkan Horlicks untuk kami 4 beradik, Sekarang ni giliran kin pulak untuk memastikan anak2 kin mendapt nutrisi yang secukupnya bila bangun untuk bersahur. Kekadang tu bukan untuk anak tapi untuk diri sendiri juga. Bersahur dengan Horlicks sudahla mudah dan pantas, penuh khasiat pulak tuh. Sebenarnya Adam tu belum puasa pun, almaklumla baru 5tahun kot, cumanya dia dah tahu sikit2 pasal puasa, which is tak boleh minum dan makan dari pagi sampai azan maghrib. Kadang2 tu bila kin bangun sahur Adam pun ikut bangun juga, So kalau dia bangun memang kin akan bancuh Horlicks untuk dia, Kalau xbangun pun memang kin akan bancuh dan simpan dalam peti ais, sebelum ke sekolah bolehla Adam minum.. lagi pula sekarang ni dah ade Horlicks perisa Coklat, lagila umppppp sedap!!.. Memang tak tolak la kalau kin bancuh Horlicks untuk Adam.
Kombo Terbaik untuk Sahur 
Memandangkan juga Adam dah kurang pengambilan susu, jadi the best drink to replace susu dia adalah dengan Horlicks. Bukan sahaja kaya dengan 23vitamin dan mineral malah diperkaya dengan multivitamin dan makronutrien seperti Kalsium  dan Vitamin D yang amat diperlukan oleh Adam dan kanak2 untuk memastikan tenaga mereka di sekolah terutamanya sekali masa bulan puasa ni sebab budak umur 5 tahun di sekolah dah diajar untuk berpuasa makan, tapi minum boleh cilok2 lagi hihi..jadinya dengan bersahur dengan Horlicks takdela budak ni cepat lapar kan dan takdela mamanya ni risau Adam tak cukup nutrisi.

Horlicks yang sememangnya terkenal dari dulu merupakan minuman berkhasiat yang dibuat daripada gandum, susu dan barli malt. Horlicks juga membekalkan 23 vitamin dan mineral yang penting untuk khasiat harian yang sihat untuk seisi keluarga. Tambahan pula Horlicks ni bebas daripada perasa tiruan, pewarna tiruan, pemanis tiruan atau bahan awet tiruan. So memang tanpa ragu ragu la nak bagi minum kat anak.

Untuk Adam, kin memang akan bancuh 2kali.. Satu waktu pagi satu lagi waktu petang/malam. kadang tu lebih dari dua kali.Baru kin tahu dengan dua hidangan Horlicks akan memberi manfaat pemakanan sihat kerana ia mengandungi 115% daripada Rujukan harian Nutrient Intake (RNI) Kalsium, 41% daripada RNI harian ion, lebih daripada 80% daripada Vitamin A, B1 dan B2, dan 72% daripada RNI harian Zinc1.
muka happy dapat minum Horlicks dlm cawan comel tu

cedap la mama
So sempena bulan ramadhan tahun ini, Horlicks telah mengadakan satu kempen dengan hashtag nya #SahurDenganHorlicks yang mana bertujuan untuk mendidik kita as parent mengenai kepentingan campuran yang tepat nutrien dan cara yang betul untuk memulakan hari dengan sahur yang berkhasiat.

Untuk support kempen ni Horlicks Malaysia akan mengadakan satu contest yang akan berlangsung melalui media sosial daripada 18 Jun 2015 sehingga 16 Julai 2015. Apa yang perlu korang buat?

Hashtag : Korang boleh sharekan resipi2 menarik yang korang buat dengan menggunakan Horlicks dan upload gambar mengguna media sosial korang tapi jangan lupa #SahurDenganHorlicks 

Facebook Page : Selain resipi korang boleh sharekan pengalaman pengalaman manis anak2 comel korang melalui Facebook Horlicks Malaysia.

Hadiah ???? ... 5 pemenang akan dipilih seterusnya boleh bawak pulang bekalan SATU TAHUN produk HORLICKS


Gila wei bekalan untuk setahun tu..jimattt banyak tu...hihii.. apa tunggu lagi, jangan lupa untuk dapatkan Horlicks dan join contest tu!! sapa tahu rezeki korang... kalau menang jangan lupa tag kin ok hihi...

Untuk maklumat lanjut korang boleh terjah kat Website Rasmi Horlicks

Jangan lupa terjah FB dia jugak untuk tengok syarat2 penyertaan dengan lebih lanjut https://www.facebook.com/notes/575938122548012/ 

Jangan lupa juga utk tengok video comel ni tentang pengalaman si Ilham ni ..so cute!! 

Akhir kata, minumla Ho Ho ....Horlicks.....
Horlicks Terbaik..!!!

No comments:

Post a Comment