Friday, October 18, 2013

Resipi : Puding Roti Marble Coklat

Assalamualaikum..
*fuh fuh fuh tiup habuk... lama betul tak berupdate*

terus update resipi nie..asalnya blog walking terjumpa resipi yang simple nie.
terus teringat Adam.. mesti dia suka klu makan puding roti nie.
puding roti yang lain dari sebelum ni.. apa lagi salin resipi n beli bahan2
rabu kelmarin operasi bermula.
masha allah simple n mudah jer..follow the step insha allah menjadi..
ralatnyer cuma kein guna serbuk coco biasa jer..nk cari van housten dah habis..
dan tak terpikir nk guna milo.. klu bubuh milo mesti lagi syiok..

RESEPI PUDING ROTI MARBLE COKLAT
source : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan

  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 10gram serbuk agar2 @ sepeket
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkan
  • 2 sudu besar butter@marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air= hana gune cwn biasa 230ml
  • 2 sudu besar serbuk koko @ coklat emulco- hana campur coklat Hersheys
Cara-cara
  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. (Jika menggunakan serbuk koko, bancuh dahulu dgn sesudu air panas jadikan pes agar tidak berbiji2@bergentel2 serbuk koko tersebut).
  5. Ambil sesenduk warna putih@plain dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna coklat, tuang di atas warna putih@plain tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tak payah ratakan atau kacau. ulang smula kaler putih@plain dan buat hingga habis.. ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam.
  7. Nota : Kemanisan puding sila ejas ikut selera masing2. dan bagi yang kurang gemar berlemak, kurangkan sukatan susu pekat.



gambar ? pinjam puan resipi punyala sebab kein nyer dh berterabur dah..sebab xdan ape dah kene ngap! ehehheh

yang mana ada anak kecik should give it a try!. roti lagi kan..siapa tak suka roti ehehhe...

jgn lupa cuba =)


2 comments: