Wednesday, September 9, 2009

Tidak Tahu Part 1

Tak tahu mcm mana nk luahkan
Tak tahu mcm nk menggambarkan perasaan ini

Tak Tahu nak 'react' mcm mana

Tak tahu nk ber-sedih atau apa
Tak tahu nk berkongsi dgn siapa...
Tak tahu Tak Tahu Tak Tahu..... =(


okeh... *tarik nafas pepanjang....

kisah dlm 2-3 minggu yang lepas...
keinnyer period mmg regular every month ... sharp on time mesti dtg... dulu my cycle selalu 28days.. lepas kawen dh berganjak 30days.. so sharp on the 30th kein mesti period.. so sepatutnya kein nyer period datang pada 19.08.09.. tapi tunggu2 tak dtg... simptom2 pun takder... *cuma lebih kepada simptom org ngandung..ngidam itu ini dn letih yg amat ter-detik hati kecil nie ... ngandung ker aku.. rezeki aku ke Allah bagi utk bulan nie...ujian dilakukan setelah 3hari miss period... jawapannyer... negative... hurm mungkin tak dpt detect kot.. kata suami... tunggu 1week later... after 1week buat self test still lagi negative.. =(

then kein teringat kwn kein yg keje as ultrasonography nie..yang scan2 ultrasound patient nie,
nk mintak tlg dia scankan tgk if anything inside...
almaklumla keje radiology kan..ehehe satu kemudahan utk staf department.. =)
so checkla kein on my bday 27august2009 *hati kecil ber-doa
jika benar rezki kami,ianya merupakan hadiah paling ber-makna..tapi kein per-siapkan jugak minda ni.. klu xpregnant..kenapa lewat??kenapa xdtg period..
nk jugakla tahu tahap kesihatan dalaman kan..
tapi lain yang nk dicari lain yg dijumpa...
tgk bhgian ovari,rahim dn seangkatan waktu dgn kawasan itu..

finally the saw...

both of my ovari ader cyst.. kanan dn kiri ader cyst...
*aper itu cyst..??? nnt kein buh kat bwh nie penerangan lanjut... utk pengetahuan bersama
kein dh cuak..! tak tahu nk react ape...risao ader semua der...
at that time diaorg ckp my cyst just round 4cm besar camtu.. insya allah nnt kecutla tuh kata mereka..
but kein dh cuak...besar tuh 4cm.. balik2 terus amik ruler..mak aih...huhuu
sebelum tuh diaorg panggil one of their senior yg pakar dlm bab ultrasound nie..which is k.rose...k.rose tgk2 n yes mmg nmpk mcm cyst...
so k.rose buat another appointment for kein next weeknye..
period ke tak period ttp dtg utk scan ultrasound..
kein cekalkan hati.. mungkin takder aper2 kot..sebab kata deme, cyst nie kejap dtg kejap pergi..hormon badan kan..
tunggula next week nyer..

030909- 2nd ultrasound to check my cyst..samada dia membesar lagi ke tak...

kebetulan on the 31st august, period kein dtg..dhla dtg time nk bukak puasa..rugi2!!..
mmg cam sedih jer period dtg after almost 2weeks delay kan.. tapi dlm hati time tuh.. mungkin cyst tu nmpk sebab nk period kot...nnt scan ntah2 cyst tuh dh takde ...
amin amin amin..

pagi 3hb tu kein jenuhla penuhkan bladder tuk buat ultrasound...jenuhla p minum sorok3..air kosong la air kotak kopila...ehhe..
so agak2 cam nk terkencing tuh..terus jumpa k.rose..dia akan wat ultrasound kat kein..
baringla kein kat bilik ultrasound tuh... senang ckit member2 yang tlg buatkan.. takdela segan sgt..ehehe..
before that bgtau k.rose yang kein dh period...so dia ckp..takpe kita buat jgk..
tgk how the cyst..

scan punya scan punya scan..

the cyst still there!!!!... but the image mcm xcantik sgt katanya... kein dh riso!!!..
haishhh kenapa ader lagi... kan dh period... ngomelan org yang takder background medical... huhu
k.rose kata sebelah cam dh ngecut sebelah lagi tuh xberapa...
so next week appointment yang ke3 plak... hurmmmmmmm...
k.rose kata tgk by next week tuh..time period dh habis tgk cyst tuh camner plak...

080909-semlm lunch time kein pergila...kein puasa sebab cycle period just smpai jumaat..
so tahun nie 5hari jer tinggal yer..ehehheh..
tu pun jenuhla tahan nk kencing...eheh..bila pergi k.rose ader patient..so tunggula kejap..
then lepas tuh k.rose panggil masuk bilik..
baringla ku di katil utk di-scan...

scan punya scan punya scan...

siap buat 3D scan lagi.. =)
k.rose bagitau...

k.rose : syikin, i think u kene jumpa gynae la... looks like ur cyst mcm membesar than before..
me : aaa??? alamak k.rose betulker.. membesar ek... alamak bahaya ker..
k.rose : hurmm tulah u kene jmpa gynae ..khamis pepagi u ingatkan i..
jumaat u pegi klinik gynae..
me : k.rose dh besar mana dah?
k.rose : about 5.xxx camtu..dia membesarla..
kein dgr pun sayup2..

bila dgr 5 jer...terusssss zasssssss dh 5 lebih dah..aishhhh..
pastu kene jumpa gynae plak...
air mata dh bergenang...hurmmm kemungkinan nk kene operation pun ader nie..
risaunyerrrrrrrrrrrrr!!!!!!!!!!!!..
terus tepon mak... dh tepon mak... lagila takde genang2 dh..
terus hujan....=( mata merah..hidung merah...

mak suruh jumpa my cousin brother.. Prof Amin..
mintak tolong dia referkan kat HOD gynae..Prof Siti..
kein malula nk tepon dia tgh2 emosi tak menentu..
kang meraung plak nk ckp ngn dia.. takpela kein ckp kein bg sms la kat dia bgtau my condition..
harapnyer dia boleh tolong dptkan Prof Siti.. sebab Prof Siti ni sgtla sibuk.. cuma regular patient jer yg jumpa dia..hukhukhuk
still no reply from abg.amin... takpela meeting agaknya...

lepas hang up ngn mak, try to call suami..tapi half way sebab takde kekuatan nk ber-cerita dgn dia..nnt merah lagi mata hidung..takpela ptg nnt kat umah senang sikit nk ber-cerita.. nk ber-emosi nk di-tenangkan pun senang..eheh

jadinyer sepanjang ptg tuh mmg fikiran takder kat opis...
rasa mcm nk balik nak peluk mak nk nangis puas2 kat mak...
nk di-tenangkan oleh mak...
tak tahu kenapa kein sedih sesgt...yelar ianya melibatkan kilang telur perempuan..
saper yg tak risau...!!...

ptg bila amik suami, masuk2 kete terus slm tgn dia ..
mata bergenang..tgn kein husband usap2..tuk tenangkan isteri yg tgh ber-emosi..hehehe

n alhamdulillah..emosi kembali stabil..! insya allah..
n abg amin dh set kan date to jumpa with Prof Siti on dis Friday..Insya Allah..

I know i have to think positive in this situation.. but deep down in my heart...=(
I know setiap kejadian ader hikmahnya..mungkin Allah sedang menguji me n suami.. menguji hambaNya..
I know i have husband that will always be by my side, my Family that always wanna make me happy,my friends that always n always be there for me..

and DOAkan kein yer kekwn..Insya Allah akan cuba mencari kekuatan utk tempuhi dugaan ini..

oh yer..bwh nie sikit info bout the cyst.. kein nyer endometriosis cyst..

Penyakit Endometriosis
Penyakit endometriosis merupakan satu jenis penyakit yang agak luar biasa. Mungkin ramai yang tidak mengetahui tentang penyakit ini sedangkan sekarang makin ramai wanita yang menghidapinya. Di antara masalah yang ditumbulkan oleh penyakit ini ialah senggugut dan kesakitan , kemandulan dan keguguran yang mungkin berulang-kali. Ia juga boleh menyebabkan berbagai jenis masalah seperti pendarahan, gangguan kencing, kesakitan dan lain-lain.
Apakah sebenarnya penyakit Endometriosis?
Penyakit endometriosis ini adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh di luar rahim. Selaput ini biasanya luruh bersama-sama darah haid. Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisyu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar ‘darah kotor’ atau darah haid.
‘Chocolate cyst’ – Endometriosis dalam ovary.
Bagaimana selaput endometrium ini boleh tumbuh di luar rahim?
Biasanya tempat-tempat di luar rahim di mana tisu endometrium ini tumbuh ialah pada kilang telur (ovari), belakang rahim (utero sacral ligament), saluran fallopian, pundi kencing, kadang-kala di tempat-tempat yang aneh seperti parut bekas pembedahan untuk melahirkan anak ataupun pembedahan untuk tujuan lain. Endometrium ini juga boleh tumbuh pada dinding/otot rahim menyebabkan penyakit yang digelar Adenomyosis.
Bagaimana tisyu endometrium ini boleh tumbuh pada tempat-tempat yang luar biasa, tidaklah diketahui dengan tepat. Terdapat beberapa teori yang cuba menjelaskan berlakunya keadaan seperti ini. Di antaranya ialah ada kemungkinan darah kotor melimpah atau tumpah ke belakang rahim melalui saluran fallopian. Mungkin ini disebabkan oleh rahim yang kedudukannya luar biasa iaitu jatuh ke belakang ke arah tulang tongking (retroverted uterus). Keadaan rahim begini sering dikaitkan dengan penyakit endometriosis sedangkan rahim yang menghadap ke hadapan (anteverted) jarang penyakit endometriosis.
Ada juga yang menyatakan bahawa tisu endometrium ini di bawa ke tempat lain melalui saluran darah atau saluran kelenjar. Tetapi hakikat sebenarnya kita tidak tahu bagaimana ianya berlaku. Ada juga yang mengaitkan bahawa endometriosis ini sering berlaku dikalangan wanita-wanita yang sering tertekan jiwa mereka (stress), yang mudah menggelabah dan di kalangan mereka yang sangat mementingkan kerjaya dan mereka yang tinggi I.Q.nya.
Ada juga yang mengatakan bahawa system ketahanan pada wanita tersebut telah lemah dan lentur, oleh itu tisu- tisu yang patut keluar dari tubuhnya kini menyerang balik tubuh badannya sendiri. Apa yang terjadi ialah apabila tisu endometrium ini melekat pada tempat tempat tertentu, ia mulai tumbuh. Lapisan endometrium menjadi tebal akibat daripada rangsangan hormon wanita dalam pusingan haid dan apabila haid berlaku lapisan endometrium tersebut juga akan mengeluarkan darah.
Jika keadaan begini berlaku dalam telur (ovari) lama kelamaan darah akan berkumpul serta menyebabkan apa yang digelar ovarian cysts atau chocolate cysts kerana mengandungi darah kotor yang berbentuk seperti pasta coklat. .
Apakah tanda-tanda atau gangguan?
Tanda yang paling utama sekali di kalangan wanita ialah senggugut ataupun kesakitan pada bawah perut dan pinggang. Senggugut ini mungkin dialami dari sejak remaja lagi dan ia berterusan dan mungkin tidak reda walaupun selepas kahwin. Ada setengahnya lega sekejap lepas berkahwin dan melahirkan anak tetapi senggugut ini akan timbul balik akibat daripada penyakit endometriosis. Kesakitan yang dialami biasanya berlaku sebelum datangnya haid yang biasanya berbentuk kesakitan yang amat kuat pada bahagian ari-ari dan sering juga ke bahagian pinggang.
Biasanya sakit akan hanya reda selepas dua atau tiga hari sahaja, tetapi jika keadaan di mana endometriosis ini telah merebak, kesakitan ini mungkin akan berterusan waktu haid dan walaupun haid sudah berhenti kadang-kala kesakitan masih ada lagi. Ini menunjukkan bahawa penyakit ini berada di peringkat teruk dan mungkin telah melibatkan dinding/otot rahim.
Kesakitan juga dialami ketika melakukan persetubuhan khususnya jika suaminya menekan agak kuat sedikit dan kesakitan juga mungkin dialami waktu membuang air besar khususnya pada waktu haid. Ini disebabkan oleh perdarahan yang berlaku dibelakang rahim yang mungkin melibatkan usus besar.
Gangguan lain ialah ketidaksuburan dan kemandulan. Ini adalah masalah besar di kalangan pengidap-pengidap penyakit endometriosis. Mereka tidak sedar yang penyakit ini mungkin telah timbul, yang mereka tahu ialah mereka sukar untuk mengandung, samaada buat kali pertama ataupun selepas melahirkan seorang anak ia tidak dapat hamil lagi beberapa tahun kemudian.
Bagaimana pengidap endometriosis ini boleh jadi mandul?
Sebenarnya ada beberapa penjelasan.
Di antaranya penyakit ini boleh merosakkan kilang telur menyebabkan ia tidak boleh keluar benih.
Kedua
mungkin menyebabkan kerosakan pada saluran fallopian menyebabkan benih lelaki tidak boleh masuk untuk bertemu dengan telor.
Ketiga mungkin endometriosis ini juga mengeluarkan beberapa jenis racun yang mungkin mematikan benih dan telur atau embryo.
Seterusnya endometriosis mungkin menimbulkan gangguan-gangguan hormon yang biasanya mengawal kesuburan wanita. Tetapi dikalangan pengidap endometriosis ada juga yang boleh hamil walaupun tanpa diberi rawatan.
Keguguran
Endometriosis juga boleh menyebabkan kehamilan gugur di peringkat awal. Bagaimana ia menyebabkannya kita tidak tahu, tetapi ada kemungkinan endometriosis menyebabkan gangguan dalam hormon wanita ataupun ia menimbulkan keadaan beracun yang boleh membunuh atau menganggu pertumbuhan janin. Kadang-kala wanita yang mengidap penyakit endometriosis boleh gugur berulang-kali.
Lain lain tanda atau gangguan akibat dari penyakit endometriosis termasuklah berbagai jenis kesakitan di bahagian perut, dibawah perut atau di bahagian pinggang serta juga berbagai masalah perdarahan samada waktu haid atau di luar waktu haid seperti haid yang banyak atau yang berpanjangan. Kadang-kadang berlaku perdarahan di luar waktu haid.
Pengesahan penyakit endometriosis.
Daripada tanda-tanda tersebut kita sering mengesyaki pengidap penyakit endometriosis dan ini dapat disahkan melalui beberapa pemeriksaan serta ujian. Apa yang biasa dilakukan yang mempunyai tanda-tanda ialah pemeriksaan kemaluan dan dari situ doktor dapat mengesan kedudukan rahim mungkin jatuh ke belakang (retroverted) dan bila disentuh bahagian belakang rahim ia akan merasa kesakitan. Ujian ultrasound melalui faraj (vaginal sonography) adalah sangat penting kerana ia boleh mengesan tumbuhan cyst pada bahagian kilang telur.
Rawatan penyakit endometriosis
Oleh kerana kebanyakan daripada mereka yang bertemu doktor mengalami ketidaksuburan ataupun berulangkali gugur yang mungkin disertai oleh senggugut, mereka memerlukan rawatan yang sewajarnya. Yang penting sekali tujuan rawatan ialah untuk wanita tersebut hamil, kerana keadaan hamil boleh mengawal pertumbuhan atau menghapuskan sama sekali penyakit endometriosis ini.
Pembedahan untuk membuang endometriosis
Jika terdapat ‘chocolate cyst’ ataupun keadaan rahim yang terbalik (retroverted) pembedahan akan dilakukan. Biasanya saya sendiri mencadangkan pembedahan secara laparoscopy disertai dengan pembedahan kecil pada bahagian bawah perut dengan irisan lebih kurang dua atau tiga inci untuk membuang tumbuhan cyst serta untuk membersihkan dan membuat cautery atau tembakan pancaran laser pada bahagian-bahagian yang terkena tumbuhan endometriosis.
kesab coklat merupakan endometriosis yang tenat
Pembedahan ini juga membolehkan doktor membetulkan rahim dengan menjahit rahim ke otot perut di bahagian hadapan (ventro-suspension of the uterus). Setelah ini dilakukan, bahagian peranakan serta bahagian sekitarannya akan dibasuh dengan cecair untuk menghilangkan segala kotoran dan keracunan yang dikeluarkan oleh endometriosis. Jika terdapat kesumbatan pada saluran fallopian ketika pembedahan, keadaan ini juga boleh diperbetulkan sekali.
Selain daripada secara pembedahan, rawatan dengan ubat-ubat sering juga dilakukan. Di pasaran terdapat banyak ubat-ubat hormon yang digunakan di antaranya hormon-hormon Progesterone yang mana diantara jenamanya ialah Primulut, Norculut atau lainnya yang digunakan selama enam hingga sembilan bulan dengan tujuan untuk menghentikan haid. Juga terdapat ubat-ubat seperti Danazol yang mana tujuannya adalah sama iaitu untuk menghentikan haid dan mengurangkan tumbuhan endometriosis ini.
Dalam beberapa tahun yang lepas ubat-ubat terbaru yang diberikan secara suntikan sebulan sekali dan terdapat berbagai jenama seperti Zoladex dan lain-lain untuk digunakan selama enam hingga sembilan. Suntikan-suntikan tersebut agak mahal sedikit dan ia memberi kesan sampingan seperti yang dialami oleh wanita yang sedang putus haid manakala kesan sampingan yang lain seperti apabila memakan pil Danazol ialah perubahan-perubahan yang menimbulkan sifat kelelakian seperti tumbuh rambut dan suara menjadi kasar. Peningkatan timbang berat juga merupakan satu kesan sampingan. Saya sekarang ini kurang menggunakan ubat-ubat untuk merawat pesakit-pesakit endometriosis khususnya mereka yang mempunyai masalah kemandulan atau keguguran yang berulangkali. Saya lebih suka melakukan pembedahan untuk membetulkan kedudukan rahim dan juga melakukan lain-lain pembetulan dan pembersihan di dalam dan persekitaran rahim kerana hasil dari segi mendapatkan kehamilan berlaku dengan lebih kerap dan cepat lagi. Apabila wanita itu hamil, Insya Allah penyakit endometriosis ini terkawal dan jarang berulang lagi.
Bolehkah penyakit berulang?
Penyakit endometriosis adalah sejenis penyakit yang tidak diketahui apa puncanya dan ia sering berterusan tumbuh serta merosakkan peranakan dan usus. Kerosakan ini boleh menyebabkan seorang wanita terus mandul, atau mengalami kesakitan yang amat teruk. Pada kebiasaanya jika wanita itu hamil dalam masa setahun lepas pembedahan, kemungkinan ia berulang agak kecil. Tetapi jika tidak hamil lepas dua tahun, kemungkinan berulang adalah besar.
Selain dari kehamilan, kita tidak mengetahui dengan tepat kaedah mencegah penyakit endometriosis dari berulang.
Tetapi amalan mengawal makanan, iaitu dengan menjauhkan makanan yang menyebabkan alahan seperti beberapa jenis makanan laut, daging lembu atau kambing. Banyakkan sayuran dan protin dari ikan dan kacang soya. Latih diri untuk tenang fikiran dan gangguan emosi. Gunakan berbagai kaedah untuk menangkis stress.
Pembedahan buang rahim (hysterectomy)
Pembedahan untuk membuang rahim dan ovari juga satu rawatan yang akhir bagi mereka mengalami penyakit endometriosis yang teruk sekali dan semua organ seperti rahim dan kilang telur telah rosak. Ia mungkin tidak berfungsi lagi dari segi kesuburan dan daya upaya untuk hamil. Di samping itu ia menyebabkan masalah kesakitan yang amat sangat setiap bulan ataupun secara berterusan dan mengganggu kerja harian. Ia mungkin juga menimbulkan gangguan haid yang tidak terkawal yang mengganggu kehidupan seharian, hubungan suami isteri dan juga mengganggu wanita-wanita kita untuk membuat amal ibadah.
Jika keadaan demikian berlaku, tidak ada pilihan lain melainkan melakukan pembedahan besar iaitu untuk membuang rahim serta kilang telur. Pilihan ini biasanya kita tangguhkan sehingga wanita itu sampai ke umor 40 lebih tetapi dalam keadaan yang luar biasa dimana penyakit itu sangat teruk, kita juga melakukan pembedahan ini diperingkat tiga puluhan tahun.
Rumusan
Penyakit endometriosis ini ialah satu penyakit yang aneh di mana banyak perkara yang tidak ketahui tetapi ia menimbulkan berbagai-bagai masalah pada wanita. Kita tidak tahu mengapa darah kotor berkumpul di belakang rahim dan di kilang telur. Ada setengah pakar-pakar perubatan Islam yang beranggapan bahawa darah ini adalah makanan jin dan mungkinkah ada kaitan orang halus ini mengganggu peranakan seseorang wanita dan mengganggu agar ia tidak boleh mempunyai zuriat. Oleh itu kaedah-kaedah rawatan alternatif juga perlu dilakukan serentak dengan cara cara moden, kaedah perubatan Islam, kaedah ubat ubat tradisional selagi cara-cara tradisional ini tidak menyebabkan syirik ia boleh diamalkan. Mungkin terdapat ubat-ubat herbal yang belum dikenalpasti lagi yang mungkin masih ada di hutan kita yang berpotensi untuk merawat penyakit endometrosis dan memulihkan keadaan subur seperti biasa.
so doa2 kein yer kekwn...=)

23 comments:

  1. harap2la shirin...doakan aku yer...=)
    menjadi tabah!

    ReplyDelete
  2. kin, i cried baca citer ko. sabar sayang. must be a big hikmah on all this.

    ReplyDelete
  3. hi kein, hopefully kein sabar ye..setiap sakit tentu ade ubatnye...

    one of my fren, penah ade kes cyst mcm ni, then dia pegi jmp doc hamid arsyat, after operation alhamdulillah, die dh recover, and dah ada anak pun..so jgn risau2 sgt ok...

    i will pray 4 u ok...daaa

    ReplyDelete
  4. shu-insya allah..jgnla nangis syg..nnt kein pun nangis..eheh merah dh mata nie..eheh.. betul tuh a BIG hikmah insya allah..

    ReplyDelete
  5. saly-yeker?alhamdulillah la klu mcm tuh.. harap2la...

    thanks dear for the DOA...

    ReplyDelete
  6. kein,thanks for sharig. Kite yg jd tak sedap hati ni, sebab mcm ade simptomnya ade pd kite.huwaghh, sedih nya. Bab, bile period mestis rase sakit kalau buang air besar tu..ke kalau period mmg rasemc tu eyh? isskkk Nak cek kat mane eyh? :(
    p/s: saya doakn semuanya baik2 belaka

    ReplyDelete
  7. kein.. bergenang air mata aku kein baca cite ni.. tabahkan ati, kuatkan semangat ok.. Harap-harap ok.. Aku doakan ko..

    ReplyDelete
  8. ala..kite pun sampai skrg tak period lg..patutnye lebih kurg mcm kein la 20hb 8..aritu buat jugak self-test tp -ve..n sampai arini tak period2 lg..huhu..tp mcm takde rs sakit2 kat mane2..huhuh..

    ReplyDelete
  9. hanie- rasanyer 1of the kegunaan blog kan?sharing info from self experience..bukan nk takutkan sesape..=p.. pergila buat check up kat klinik..kein mmg ader period pain..hanie pergila check!!..
    ps:thanks hanie

    ReplyDelete
  10. quiyah-thanks dear!
    u should be dup dap dup dap skang..eheh tinggal beberapa hari lagi ur wedding day!..suka2

    ReplyDelete
  11. intan-ntah2 pregnant kot?takpe tunggu cukup sebulan ehhehe..tell me the news!!..
    if not try gie check up! nway gudluck kay!

    ReplyDelete
  12. sabar byk2 ye kein. Insyaallah segala dugaan Allah tu ada hikmah disebaliknya. Doa Zai sentiasa bersama. Hope u will be fine..
    Amiinnn :)

    ReplyDelete
  13. sabar ye angah..i noe ur tuff! da doakan angah sentiasa

    *mulai hari ni kne kire cycle period lah nmpk nyer...tak pnh plak da kesah*

    ReplyDelete
  14. harap bersabar..InsyaAllah ada hikmah disebaliknya..

    ReplyDelete
  15. kien, I was like that b4..2months after kawen dpt tau ade benda tu..doc siap suh g refer sakit puan but aku tak pergi..tau pasal pe?

    1. my fren ade yg kena cyst siap operate segala tp still takleh ngandung smpai skang..kawen dh 5thn still tak ngadung..pastu, doc kate ade plak cyst kat sebelah kiri, operate gak..tak ngandung pon lg..dh 4thn operate tak gak ngandung.
    2.Operate bkn jaminan that u can pregnant..60-40 la..
    3.Lepas aku tau ade cyst, aku tak terus panic..aku doa byk2..actually, cyst ni sumer perempuan ade cuma dia membesar @ tidak je jd masalah..sume pasal permakanan kite ambil..too oily, too sour, too sweet and kurang minum air kosong..
    4.Pastu, aku avoid mkanan tu semua sbb aku nk pregnant..bkn tu je, aku mkn pil sendayu tinggi yg set untuk nak pregnant tu..Pastu, air kosong suam memang byk aku minum..smpai la period aku kembali normal and after 4months usaha and doa..aku pregnant..syukur..
    5.Tak yah operate segala..mase scan baby tak nmpak pon cyst but doesnt mean dia takder dah..
    6.Member aku lg sorg, ade gak tp she still get pregnant but the cyst pon ade cume dia tpakse bsalin dgn operation..
    my advise, terus berusaha but jgn 'buat' sbb kein terlalu ingin sgt nak pregnant. Let it be naturlly..just enjoy when you 'do' it..jgn terlalu mgharap tiap kali kein buat tu..k?

    ReplyDelete
  16. man-tgh ber-saba la nie..heheh..insya allah..

    ReplyDelete
  17. darl- aku tak tau sejauh mana seriusnyer akunyer cyst..esok baru nk gie gynae for further checkup..yes mmg cyst semua perempuan ade, samade dia grow or tak jer, n cyst actually ade fluid dlmnyer.. but mine not really fluid dlm itu, its like a ketulan darah beku, n to be confirmed 2mrw. n also dinding2 cyst tu tebal dari biasa..katanya..also to be confirmed esok..
    klu pakar gynae ckp not need to worry,then its fine but if the gynae by op or whatever is the wat i shud do then maybe kein akan buat..depends! kene tanya husband families semua.. insya allah akan update more!..
    oh ya mmg kein tak stress tuk terlalu nk dptkan baby, n i dont stress myself bila tut..just enjoy the moment tghtr sementara ber-2..ehehe..
    nway thanks darl..!

    ReplyDelete
  18. salam just to add some info...first sabar kein..aku pun sedih dgr ceritako nie..anyway, cyst tu bukan jad penebab kita tak boleh mengamdung n tak semua jenis cyst boleh dibiarkan begitu sahaja..ada banyak jens cyst...most of the woman memang ader cyst..tapi ader cyst tertentu where we need to remove coz some cyst are malignancy which is quite danger to your ovary becoz it may develope due to blood supply to them...

    so, just follow the aapnt given..discuss with them...kita cba k..Allah yg entukan segalanya..org yg tak der cyst pun, kalau Allah belum nak bagi, tak da jugak...yg peting, ita USAHA, doa dan tawakal....

    apapun ada hkmah disebalik kejadian..mungkin ken insan terpilih dan disayangi lebih oleh Allah..diuji dgn perkara sebegini membutkan kein lebih rapat dengan dia.....InsyaAllah tuhan tu adil....

    ReplyDelete
  19. sabar byk2 yer kein... zai doakan kein ok... Insyaallah x de pape. Doa zai sentiasa bersama kein.. ;)

    ReplyDelete
  20. kein..waaa..sedey sgt.Dah ar lama tak visit ur blog..harap kein tabah..doa bnyk2 kat tuhan..hopefully semuanya ok..

    ReplyDelete
  21. kein, saya pun ada cyst kat belah kanan. tau masa pregnant first dulu. dr cakap tak apa2. bila miscarriage saya cakap dgn dr nak buang cyst tu, tapi dia kata tak perlu sebab cyst tu akan berguna utk saya nanti. insyaAllah tak ada apa2. confirmkan dgn ur gynea k!

    ReplyDelete